Thursday, January 24, 2013

Kekasih-Mu

assalamualaikum...

salam maulidur rasul...24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434...hari keputeraan junjungan besar kita, Muhammad s.a.w...so, sebagai sebuah negara Islam maka hari ini merupakan cuti umum bagi Malaysia...semalam, masa nak abis kelas..ada lah seorang classmate aku yg non-muslim c daddy tny...knp esok cuti? maulidur rasul tu apa? then, aku pun jawab esok hari lahir nabi kami...simple kan jawapan aku..haha..so, utk maklumat lanjut...jom baca !

Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T).

Lazimnya pada setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (S.A.W), kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

okai..terima kasih kepada encik google utk info yg bermanfaat ini...so, sempena hari yg mulia ini...marilah kita sama2x menghayati dan memperingati perjunagan murni junjungan mulia kita...kekasih Allah, Muhammad S.A.W... mari berselawat ~


 Sekian, salam maulidur rasul ~

 
 p/s --> malanglah jika kita ingat n sambut besday kekasih kita tapi lupa pada besday kekasih Allah ~

No comments: