Tuesday, May 22, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Rejab

assalamualaikum...

Hari nie 22 Mei 2012 bersamaan 1 Rejab 1434. 

Tahu x banyak fadhilat a.k.a kelebihan bulan REJAB nie. Junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda yg bermaksud.

"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikraj, Sya'ban dengan Malam Nisfu Sya'ban dan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadar."


Masuk bulan Rejab bila azan Maghrib seelok2xnya baca doa bulan Rejab.




















Kelebihan bulan Rejab ialah :

@ Puasa sehari pada bulan Rejab seperti 40 tahun diberi munium air syurga.

@ Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim pada hari kiamat.

@ Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

@ Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

@ Bulan Rejab diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.


REJAB bulan menabur benih,
SYA'BAN bulan menyiram tanaman,
RAMADHAN bulan menuai.


REJAB bulan menyucikan badan,
SYA'BAN nulan menyucikan hati,
RAMADHAN bulan menyucikan roh.


REJAB bulan taubat,
SYA'BAN bulan muhibbah,
RAMADHAN bulan limpahan amalan

Allahu A'lam

p/s --> bersamalah kita memperbaiki diri dari semasa ke semasa.




No comments: